PANDUAN
PELAKSANAAN j-QAF PENDIDIKAN KHAS
1. PENDAHULUAN
Program j-QAF adalah berasaskan kepada
idea YAB Datuk Seri Abdullah b Hj Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang
telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di
peringkat Kementerian Pelajaran melalui seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004.
Program j-QAF telah dilaksanakan secara dalam projek rintis selama 3 bulan dan
berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini
dilaksanakan mulai tahun 2005.
2. KONSEP
PROGRAM J-QAF
Program j-QAF adalah suatu usaha
memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran
Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat
persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model
dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan,
pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual
waktu sedia ada.
3. KONSEP
PROGRAM J-QAF DI PENDIDIKAN KHAS
Program j-QAF di Pendidikan Khas adalah
adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) di Pendidikan Khas untuk
murid-murid berkeperluan Khas bermasalah pembelajaran. Melalui program ini
penekanan khusus dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran menggunakan Modul Kaedah
Iqra’ dan Pengajaran dan Pembelajaran Fardhu Ain menggunakan Modul Amali Solat yang
dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Modul-modul ini telah di
ubahsuai mengikut tahap penguasaan dan keupayaan murid berkeperluan khas.
Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran,
pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan
peruntukan jadual waktu sedia ada dan penambahan waktu di kelas Pendidikan Islam
di Pendidikan Khas.
4.
OBJEKTIF
PROGRAM j-QAF DI PENDIDIKAN KHAS
Setelah program ini dilaksanakan dengan
baik dan berkesan kepada murid Islam di Program Pendidikan Khas Integrasi
sekolah rendah akan dapat :
i.
Membaca ayat-ayat
pendek berpandukan buku Iqra’.
ii.
Menguasai bacaan buku
Iqra’ 1 – 6 setelah tamat sekolah rendah.
iii.
Mengetahui dan
melakukan perbuatan berwuduk.
iv.
Menyebut dan membaca
bacaan dalam solat.
v.
Mengetahui dan
melakukan perlakuan dalam solat.
5.
KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF.
5.1 Kepentingan Bacaan Ayat-ayat al-Quran
Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian
daripada sukatan Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran pada
masa ini. Bagi murid berkeperluan Khas aspek kemahiran membaca al-Quran perlu diberi
pendedahan yang maksimum. Ini kerana mereka juga mampu menguasai bacaan
al-Quran dengan baik sekiranya diberi pengajaran yang secukupnya. Penguasaan
kemahiran membaca ayat-ayat al-Quran ini diajar melalui penggunaan Modul Kaedah
Iqra’ yang telah diubahsuai mengikut tahap penguasaan murid berkeperluan khas
masalah pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran kaedah ini menumpukan kepada
pembacaan buku Iqra’ 1 hingga buku Iqra’ 6 untuk murid sekolah rendah. Oleh
itu, Pendidikan Islam di Pendidikan Khas lebih menekankan aspek penguasaan
kemahiran membaca ayat-ayat al-Quran dikalangan murid bermasalah ini.
5.2 Kepentingan Fardhu Ain.
Aspek Fardhu Ain yang diberi penekanan
terhadap murid berkeperluan khas masalah pembelajaran adalah pengajaran Modul Amali
Solat. Pengajaran dan Pembelajaran modul ini dilaksanakan di dalam bilik darjah
dan secara amali (praktikal) di luar bilik darjah bagi memastikan murid dapat
menguasai kemahiran berwuduk dan solat. Proses pengajaran dan pembelajaran
modul ini melibatkan aktiviti teori dan amali di luar bilik darjah.
6.
MODUL-MODUL
PROGRAM j-QAF DI PENDIDIKAN KHAS
6.1
Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’.
-
Model Kelas
Pengajaran dan Pembelajaran Iqra’
-
Model Tasmik
6.2
Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat.
-
Model Kelas
Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat.
(teori dan amali)
7. MODEL-MODEL
j-QAF DI PENDIDIKAN KHAS
7.1
Model
Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’
Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran
Kaedah Iqra’ di perjelaskan dalam buku
Panduan Kaedah Iqra’. Ia akan diajar oleh guru j-QAF dalam waktu Pendidikan
Islam dengan menggunakan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Iqra’.
7.2
Model
Tasmik
Model Tasmik dilaksanakan dalam waktu
Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’. Guru tasmik terdiri dari guru j-QAF
dan guru yang mengajar Pendidikan Islam Pendidikan Khas.
7.3
Model
Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat
Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran
Amali Solat diperjelaskan dalam buku Panduan Amali Solat. Ia diajar oleh guru
j-QAF dan Guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas dalam waktu Pendidikan Islam
menggunakan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat. Murid akan diberi
pengajaran secara teori melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah dan secara amali (praktikal) di luar bilik darjah. Semua kelas
yang dipilih untuk mengikuti kelas j-QAF dikehendaki menggunakan modul ini.
8. PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI PENDIDIKAN KHAS
Program j-QAF di Pendidikan Khas
terdapat dalam dua kategori sekolah:
a. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Bermasalah Pembelajaran, Penglihatan dan Pendengaran.
b.
Sekolah Pendidikan Khas (SKPK)
8.1 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Program Pendidikan Khas Integrasi telah
dilaksanakan secara berperingkat mulai 2008. Setakat ini 600 buah sekolah PPKI
telah ditempatkan guru-guru j-QAF yang ter latih bagi murid-murid bermaslaah
Pembelajaran, Penglihatan dan Pendengaran.
8.2 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
Sebanyak 11 buah Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas (SKPK) telah melaksanakan Program j-QAF. Dijangkakan pada tahun
2014 semua SKPK akan melaksanakan Program j-QAF.
9. PENJADUALAN
9.1 Kelas Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) Kaedah Iqra’ dilaksanakan dalam waktu Pengajaran
Pendidikan Islam di Pendidikan Khas. Pengajaran kaedah ini dilaksanakan
sepanjang tahun dengan peruntukan waktu 4 kali seminggu, 3 waktu untuk P&P
Kaedah Iqra’ dan 1 waktu untuk tasmik.
9.2
Kelas
Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat dilaksanakan dalam waktu
Pengajaran Pendidikan Islam di Pendidikan Khas. Pengajaran kaedah ini
dilaksanakan sepanjang tahun dengan peruntukan waktu 2 kali seminggu.
9.3
Kelas Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid-murid bermasalah penglihatan
dan pendengaran jadual mengikut aliran perdana yang diubahsuai mengikut
kategori murid.
10. PENGAMBILAN
GURU
Urusan pengambilan guru-guru pelatih
j-QAF Pendidikan Khas dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pelajaran Malaysia seperti Guru j-QAF di aliran perdana. Guru-guru j-QAF
Pendidikan Khas diberi pendedahan dan latihan berkaitan Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran, Penglihatan dan Pendengaran di Institut Perguruan tertentu.
11. PENEMPATAN
GURU j-QAF PENDIDIKAN KHAS
Urusan penempatan guru-guru j-QAF Pendidikan
Khas adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dengan
kerjasama Bahagian Pendidikan Islam dan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran
Malaysia.
12. AKTIVITI
PENGUKUHAN
1. Kem
Bestari Solat Kebangsaan.
2. Majlis
Khatam al-Quran Kebangsaan.
13. BAHAN DAN
KEMUDAHAN
Bahan-bahan asas yang disediakan dalam program ini adalah Buku
Panduan Dasar, Buku Panduan Kaedah Iqra’, Buku Panduan Amali Solat, Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’ dan Modul Pengajaran, Pembelajaran Amali Solat, Buku Iqra’, dan
Al-Quran Elektronik.
14. PENTAKSIRAN
Pentaksiran berasaskan sekolah wajar
dilaksanakan kepada program j-QAF Pendidikan Khas. Pihak sekolah menyediakan
sijil yang akan diselaraskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
15. PEMANTAUAN
DAN BIMBINGAN
Pegawai j-QAF dan Pegawai Pendidikan
Khas peringkat pusat, Negeri dan daerah akan menjalankan pemantauan secara
berterusan untuk memberi bimbingan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan
program ini. Laporan pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut
keperluan bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program tersebut untuk
diambil tindakan sewajarnya.
16. PENUTUP
Adalah menjadi harapan Bahagian
Pendidikan Khas (BPKhas) agar para pendukung j-QAF memahami hasrat program ini
dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak BPKhas. Program j-QAF
Pendidikan Khas boleh berfungsi sebagai tonggak baru dalam mempertingkat dan
memperkasakan penguasaan Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas bagi membina
jatidiri insan mukmin murid berkeperluan khas agar menjadi eset penting negara
dan bukan lagi menjadi bebanan masyarakat.
No comments:
Post a Comment