PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI,
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG MAN
KE KAMPUNG BUDAYA DAN JONG’S CROCODILE
FARM, KUCHING 2014
1. PENDAHULUAN
Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan salah satu program yang melibatkan
murid-murid berbagai masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah
penglihatan. Program ini telah dilaksanakan untuk mengenalpasti berbagai
kebolehan dan kemampuan murid-murid serta mencungkil bakat dalam peringkat masa
tertentu.
Sehubungan dengan itu, Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Abang Man akan mengadakan
lawatan sambil belajar murid Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah
Kebangsaan Abang Man ke Kampung Budaya, Santubong dan Jong Crocodile Farm yang
julung kali diadakan. Justeru itu, dengan penganjuran program ini dapat
menambah pengalaman baru kepada murid-murid PPKI khasnya dan masyarakat
tempatan.
2. OBJEKTIF LAWATAN
2.1
Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih
jelas kepada murid PPKI tentang kebudayaan dan alam persekitaran Negeri
Sarawak.
2.2
Memberi peluang
kepada murid untuk mengenal dunia luar secara praktikal dan membantu
mereka membuka peluang komunikasi yang berkesan.
2.3
Membantu para guru untuk menilai kemampuan
murid-murid berinteraksi dengan persekitaran dan mengenalpasti perkembangan
baharu mereka.
3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT
LAWATAN
Tarikh : 5 November 2014 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi – 6:00 petang
Tempat :
Kampung Budaya, Santubong & Jong Crocodile Farm, Siburan
4. SASARAN
Murid-murid PPKI SK Abang Man tahun 2014.
Murid =
13 orang
Guru =
3 orang
Pembantu Pengurusan Murid = 2
orang
Jumlah Peserta = 18
orang
5. KANDUNGAN PROGRAM LAWATAN
5.1
Pendedahan tentang
kebudayaan dan alam sekitar tempatan
5.2
Penilaian kemampuan dan kebolehan murid-murid PPKI
6. AGENSI TERLIBAT
Sekolah, ibu bapa dan murid-murid PPKI.
7. SUMBER KEWANGAN
7.1 PIBG PPKI
8. ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 Pengangkutan Sewa
=RM 600.00
8.2 Makan dan minum RM
20.00 X 13 orang =
RM 260.00
8.3 Anggaran tiket masuk RM 20.00 X 13 orang = RM 260.00
Jumlah =
RM 1120.00
9. ORGANISASI PROGRAM
Penaung :
En. Baharim bin Md. Daud (Guru Besar Sekolah)
Penasihat :
En. Jaafar bin Daud (PK Pentadbiran Sekolah)
Penyelaras :
En. Suhaili bin Hj. Wahi
Setiausaha :
Pn. Nurul Akma binti Khalid
Bendahari :
En. Mohd Nasuha bin Nawawi@Saad
JK Pengangkutan & Keselamatan : En. Hazmieza bin Putit
JK Makanan & Kebersihan : Pn. Nurul Akma bin
Khalid
JK Program & Aktiviti :
En. Mohd Nasuha bin Nawawi@Saad
JK Publisiti & Perhubungan : Cik Florentina ak
Gubar
JK Pengurusan Murid : Semua Guru, PPM &
Ibubapa/penjaga
10. TENTATIF PROGRAM
7:30 pagi :
Murid-murid berkumpul
8:00 pagi :
Rombongan bertolak ke Kampung Budaya, Santubong.
10:00 pagi :
Lawatan Kampung Budaya, Santubong.
12:30 tengahari : Makan Tengahari & Solat Zohor & Asar Jamak di Masjid Jamek
Petra Jaya
1:30 petang :
Bertolak ke Jong Crocodile Farm, Siburan
2:30 petang :
Lawatan ke Jong Crocodile Farm, Siburan.
4:00 petang :
Makan petang di Sugar Burn Serian.
5:00 petang :
Bertolak pulang.
11. PENUTUP
Program
Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan Abang Man berharap segala usaha
dan perancangan yang dilakukan untuk menjayakan program lawatan sambil belajar
ke Kampung Budaya Santubong dan Jong Crocidile Farm Siburan ini mendapat
kerjasama yang sewajarnya daripada pihak-pihak yang terlibat dan semoga segala
aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Diharapkan, lawatan ini dapat
memberi manfaat kepada murid-murid PPKI dalam pertumbuhan perkembangan mereka.
Disediakan oleh: Disokong
oleh:
……………………………………… ……………………………………
( NURUL AKMA BINTI KHALID) (JUNAIDY BIN BEE)
Setiausaha
Program, Penolong
Kanan HEM
Guru PPKI, SK Abang Man. b/p. Guru Besar,
SK
Abang Man.
Bertarikh :
15 Oktober 2014 Bertarikh :
No comments:
Post a Comment