Thursday, 22 May 2014
.::TERAPI RENANG & SANTAI
PPKI, SKAM, SIMUNJAN telah mengadakan Terapi Renang untuk murid-murid PPKI Bermasalahan Pembelajaran pada ketetapan berikut
Tarikh : 22 Mei 2014
Tempat :
1. Kompleks Sukan Kota Samarahan, Sarawak
2. KFC Kota Samarahan
3. Summer Mall, Samarahan
Monday, 19 May 2014
terapi renang announcement
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG MAN
AKAN MENGADAKAN
TERAPI RENANG BULANAN
DI KOMPLEK RENANG SAMARAHAN
PADA KETETAPAN BERIKUT...
Khamis (22 mei 2014)
turut mengundang ibu bapa/ penjaga murid-murid
Wednesday, 14 May 2014
SELAMAT HARI GURU 2014
Walaupun, Murid-murid kami bukan seperti murid-murid normal yang lain,
kami selaku Guru-guru dan staf Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Kebangsaan Abang Man
mengucapkan
SELAMAT HARI GURU 2014
kepada semua guru-guru Malaysia....
*Hadiah daripada murid-murid PPKI tidak diharapkan, tetapi kceriaan mereka setiap hari menjadi keutamaan kami...
Tuesday, 6 May 2014
TAJUK DAN SYARAT MTQ PPKI 2014 NEGERI SARAWAK
MAJLIS
TILAWAH AL-QURAN (MTAQ) PENDIDIKAN KHAS
NEGERI
SARAWAK 2014
LAMPIRAN
A.SYARAT KELAYAKAN DAN HAD UMUR
PESERTA
B.TILAWAH AL-QURAN
C.
HAFAZAN
D. BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN/KHAT
JAWI/AZAN
SUBUH
LAMPIRAN A
SYARAT KELAYAKAN DAN HAD UMUR PESERTA
1. Murid-murid
yang berdaftar di bawah Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997 di sekolah-sekolah kelolaan Kementerian
Pendidikan Malaysia LAYAK menyertai
kejohanan anjuran Bahagian Pendidikan Khas.
2. Ketetapan
peserta-peserta bagi Majlis Tilawah Al-Quran di Peringkat Negeri adalah
seperti berikut:
6.2.1 Kategori Rendah (7 tahun – 12 tahun + 2
tahun di sekolah rendah)
6.2.2 Kategori
Menengah (13 tahun – 17 tahun + 2 tahun di sekolah menengah)
3. Seseorang
peserta hanya dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kategori sahaja bagi satu jenis
pertandingan dalam masa yang sama kecuali sesuatu
ketetapan khas dilakukan.
4. Selain
daripada yang disebutkan seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang
lebih tinggi daripada kumpulan umurnya.
5. Setiap
individu peserta hendaklah mempunyai kad OKU dan bersedia untuk menunjukkan kad yang asal untuk
pemeriksaan oleh pihak jawatankuasa pengelola
pertandingan sebelum pertandingan dijalankan.
Kegagalan menunjukkan dokumen tersebut menyebabkan
individu peserta tersebut dihalang
dari menyertai pertandingan. Senarai nama peserta hendaklah diperaku oleh pihak sekolah (akan merujuk kepada EMIS)
LAMPIRAN B
1. TILAWAH AL-QURAN
1.1 BERMASALAH
PEMBELAJARAN
a. Kategori
Sekolah Rendah : Membaca ayat daripada surah berikut:
(Pilih
salah satu surah)
i. Surah An-Nazi’at
ii. Surah Al-Buruj
iii. Surah
Al-Baqarah : bermula daripada ayat 168
iv. Surah Al-Baqarah : bermula daripada ayat
208
b. Kategori
Sekolah Menengah : Membaca ayat daripada surah berikut:
(Pilih
salah satu surah)
i. Surah al-Baqarah : bermula daripada
ayat 62
ii. Surah
ali-Imran : bermula daripada ayat 26
iii. Surah
al-Jumu’ah : bermula daripad ayat 1
iv. Surah al-Insan : bermula daripada ayat 1
1.2 BERMASALAH
PENGLIHATAN
a. Kategori
Sekolah Rendah : Membaca ayat daripada surah berikut:
(Pilih salah satu surah)
i. Surah Al-Baqarah : bermula daripada
ayat 104
ii. Surah al-Maidah : bermula daripada ayat
51
iii. Surah Yunus : bermula daripada ayat 1
iv. Surah al-Furqan : bermula daripada ayat
6
b. Kategori
Sekolah Menengah : Membaca ayat daripada surah berikut:
(Undi surah)
i. Surah ali-Imran : bermula daripada
ayat 133
ii. Surah al-Jin : bermula daripada ayat 1
LAMPIRAN C
2. HAFAZAN
2.1 BP Rendah – pilih satu kelompok
Kelompok 1
1. Surah
Al-Fatihah
2. Surah
Al-Fil
3. Surah
Al-Masad
4. Surah
Al-Qariah
|
Kelompok 2
1. Surah
Al-Fatihah
2. Surah
Al-Fil
3. Surah
An-Nasr
4. Surah
Al-Humazah
|
Kelompok 3
1. Surah
Al-Fatihah
2. Surah
Al-Fil
3. Surah
Al-Ma’un
4. Surah
Al-Insyirah
|
Kelompok 4
1. Surah
Al-Fatihah
2. Surah
Al-Fil
3. Surah
Quraish
4. Surah
Al-Zalzalah
|
2.2 BP Menengah / BL Rendah – pilih satu
kelompok (undi soalan)
Kelompok 1
1. Surah
Al-Fatihah
2. Surah
Al-A’la
3. Yasiin
(ayat 28-40)
|
Kelompok 2
1. Surah
Al-Fatihah
2. Surah
Al-A’la
3. Al
Baqarah (ayat 283-286)
|
Kelompok 3
1. Surah
Al-Fatihah
2. Surah
Al-Alaq
3. Yasiin
(ayat 28-40)
|
Kelompok 4
1. Surah
Al-Fatihah
2. Surah
Al-Alaq
3. Al
Baqarah (ayat 283-286
|
2.3 BL Menengah – Diundi salah satu kelompok semasa pertandingan.
Kelompok 1
1. Surah
Al-Fatihah
2. Surah
Al-Jum’ah
3. Surah
Ad-Dhukhan (Ayat 1-42)
|
Kelompok 2
1. Surah
Al-Fatihah
2. Surah
Al-Jum’ah
3. Surah Ar
Rahman (Ayat 1-57)
|
LAMPIRAN D
3. BERCERITA KISAH DARI
AL-QURAN
Kategori BD dan BP (Rendah dan Menengah)
Tajuk-tajuk :-
i. Siti Khadijah Isteri Rasulullah s.a.w
ii. Kisah Nabi Idris a.s
iii. Peristiwa Perletakan Hajarul Aswad
iv. Kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha
v. Kisah Ketabahan Nabi Ayub
4. KHAT JAWI
Kategori BP (Rendah dan Menengah)
Kategori
BD (Rendah dan Menengah)
5. AZAN SUBUH
Kategori
BL dan BP (Rendah dan Menengah)
SYARAT DAN PERATURAN
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
DAN
PERTANDINGAN NASYID PENDIDIKAN KHAS
NEGERI SARAWAK
2014
TILAWAH AL-QURAN BAGI PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN
KHAS
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2014
1. Syarat-syarat Peserta
1.1 Terbuka kepada semua murid sekolah rendah
dan menengah Bermasalah Pembelajaran dan
Bermasalah Penglihatan.
1.2 Peserta hendaklah membaca salah satu
daripada ayat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola
Tilawah Al-Quran.
1.3 Peserta dikehendaki membaca ayat-ayat
yang ditentukan melalui undi. Peserta tidak
dibenarkan menukar ayat-ayat yang telah diundi.
Sekiranya peserta itu menukarkan ayat
undian tersebut atau tersalah
ayat, penyertaan akan terbatal dan tiada pemarkahan.
1.4 Peserta
digalakkan menyertai satu acara sahaja. Maksimum dua acara.
2. Pengundian
2.1 Undian bagi menentukan giliran dan
ayat-ayat yang akan dibaca oleh peserta
akan diadakan semasa pendaftaran pada hari pertandingan atau mengikut ketetapan
Jawatankuasa Pengelola.
3 Masa Bacaan
3.1 Masa bacaan bagi setiap peserta ialah
lapan minit.
3.2 Bacaan yang melebihi lapan minit tidak
akan diberi markah
3.3 Peserta boleh membaca seberapa banyak
ayat asalkan tidak melebihi lapan
minit.
4. Pakaian Peserta
4.1 Peserta lelaki dikehendaki memakai
pakaian kebangsaan yang lengkap (bersamping dan bersongkok)
4.2 Peserta perempuan dikehendaki memakai
baju kurung dn bertudung yang
sempurna.
·
Kostium yang tidak keterlaluan
5. Cara Penghakiman
5.1 Penghakiman Tilawah Al-Quran dibahagikan
kepada empat bahagian dengan
pecahan markah seperti berikut:
Bil
|
Perkara
|
Markah
|
1.
|
Tajwid
|
40
|
2.
|
Suara
|
15
|
3.
|
Fasahah
|
20
|
4.
|
Lagu/Taranum
|
25
|
JUMLAH
|
100
|
5.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
Hafazan Al –Quran Bagi Pelajar-Pelajar Pendidikan
Khas
Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sarawak
1.Peraturan Hafazan
1.1 Syarat-syarat Peserta
1.1.1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah
dan menengah Bermasalah Pembelajaran dan
Bermasalah Penglihatan
1.1.2 Peserta hendaklah menghafaz ayat-ayat lazim
atau surah-surah yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pengelola.
1.1.3 Peserta digalakkan menyertai
satu acara sahaja.
1.2 Bentuk ujian
1.2.1 Setiap peserta diuji bacaan al –Quran secara
hafaz dengan lisan melalui beberapa surah daripada ayat lazimsdan surah-surah
yang telah ditetapkan.dengan
mengambil kira hukum-hukum tajwid,fasohah dan suara.
1.2.2 Setiap peserta diwajibkan
membaca surah al-Fatihah pada soalan pertama.
Contoh Soalan
i.
Sila baca surah al –Fatihah
ii.
Sila baca dari awal surah An –Nas
iii.
Sila sambung bacaan saya dari surah Yasin......
iv.
Sila baca surah al- adhuha dari awal hingga akhir
1.2.3 Sekiranya peserta gagal menyambung bacaan
hakim Fatih/ Munabih dalam kertas undi yang
pertama ia diberi peluang menghafaz
surah/ayat pilihan hakim Fatih/Munabih itu sekiranya
masa belum tamat lapan minit.sekiranya
masih ada.
1.2.4 Sekiranya ia gagal juga meneruskan bacaan
maka ujian kepadanya akan ditamatkan.
1.3 Pemilihan Ayat
1.3.1 Setiap peserta akan mengundi dengan memilih
satu sampul surat yang mengandungi ayat-ayat
lazim atau potongan ayat yang ditetapkan. Kemudian
menyerahkan kepada hakim munabih.
1.4 Masa Bacaan
1.4.1 Setiap peserta dikehendaki menghafaz
ayat-ayat lazim /surah yang ditentukan dalam jangka masa lapan minit.
1.4.2 Hakim Fatih/Munabih boleh
menamatkan bacaan peserta pada bila-bila masa bagi setiap surah atau
ayat.
1.5 Bentuk Bacaan
1.5.1 Peserta dikehendaki menghafaz mengikut bacaan
Tadwir sahaja.
1.6 Pakaian
Peserta
1.6.1 Peserta lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan yang (bersamping dan
bersongkok).
1.6.2 Peserta perempuan dikehendaki berbaju kurung
dan bertudung yang sempurna.
2. Cara
Penghakiman
2.1 Penghakiman Hafazan al –Quran di bahagikan
kepada tiga bahagian dengan pecahan markah seperti berikut
:
Bil
|
Perkara
|
Markah
|
1
|
Hafaz dan Lancar
|
40
|
2
|
Tajwid
|
30
|
3
|
Fasohah
|
20
|
4
|
Suara dan Gaya
|
10
|
|
Jumlah
|
100
|
2.2 Keputusan
hakim adalah MUKTAMAD.
Bercerita Dari Kisah Al Quran Bagi Pelajar –Pelajar
Pendidikan Khas
Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sarawak
1. Peraturan
Bercerita Dari Kisah Al-Quran
1.1 Syarat-syarat
peserta
1.1.1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Bermasalah Pembelajaran dan
Bermasalah Pendengaran.
1.1.2 Peserta hendaklah memilih salah satu tajuk
bercerita yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pusat Tilawah al –Quran.
1.1.3
Peserta digalakkan menyertai satu
acara sahaja.
1.2 Pemilihan
Tajuk Bercerita
1.2.2 Setiap peserta dibenarkan memilih satu tajuk
sahaja.
1.2.3 Pemilihan tajuk bercerita berdasarkan kepada tajuk
yang telah
ditetapkan.
1.3 Masa
Bercerita
1.3.1 Masa bagi tiap-tiap peserta bagi menyampaikan
ceritanya ialah lapan minit.
1.3.2 Masa yang melebihi lapan minit tidak diberi
markah.
1.3.3 Markah diberi mulai dari permulaaan bercakap
(salam).
1.4 Cara
Penyampaian
1.4.1 Bercerita
1.4.2 Bersyair/bergurindam/nasyid
1.4.3 Bersajak/berpantun
1.4.4 Gabungan daripada cara-cara di atas
1.4.5 Penyampaian cerita dibenarkan menggunakan
prop/alat
1.5 Pakaian
Peserta
1.5.1 Peserta lelaki digalakkan memakai pakaian
kebangsaan yang lengkap (bersamping dan
bersongkok) atau sebarang pakaian yang menutup aurat yang bersesuaian.
1.5.1 Peserta perempuan dikehendaki memakai berbaju
kurung dan bertudung yang sempurna
atau pakaian yang menutup aurat yang bersesuaian.
2. Cara Penghakiman
2.1 Penghakiman Bercerita Kisah Al –Quran
dibahagikan kepada empat bahagian dengan pecahan markah seperti
berikut :
Bil
|
Perkara BD
|
Markah
|
1
|
Isi
|
40
|
2
|
Penggunaan Bahasa
Isyarat & Komunikasi seluruh
|
20
|
3
|
Gaya Penyampaian
|
34
|
4
|
Prop (BD Sahaja)
|
6
|
Jumlah
|
100
|
Bil
|
Perkara BP
|
Markah
|
1
|
Isi
|
40
|
2
|
Penggunaan Bahasa
Isyarat & Komunikasi seluruh
|
30
|
3
|
Gaya Penyampaian
|
30
|
Jumlah
|
100
|
2.2 Keputusan
hakim adalah MUKTAMAD.
Azan Subuh Bagi Pelajar- Pelajar Pendidikan Khas
Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sarawak
1. Peraturan Azan Subuh
1.1 Syarat-syarat
peserta
1.1.1 Terbuka kepada semua pelajar lelaki sekolah
rendah dan menengah Bermasalah Pembelajaran dan
Bermasalah Penglihatan.
1.1.2 Peserta
digalakkan menyertai satu acara sahaja.
1.2 Pengundian
1.2.3 Undian bagi menentukan giliran adalah pada
hari pendaftaran pertandingan atau mengikut
ketetapan Jawtankuasa Penganjur.
1.3 Masa Laungan Azan
1.3.1 Masa laungan Azan Subuh bagi setiap peserta
ialah lapan minit.
1.3.2 Laungan Azan Subuh yang melebihi lapan minit
tidak akan diberi markah.
1.4 Pakaian Peserta
1.4.1 Peserta lelaki dikehendaki memakai pakaian
kebangsaan yang lengkap (bersamping dan
bersongkok) atau pakaian yang bersesuaian.
2. Cara Penghakiman
2.1 Penghakiman Azan Subuh dibahagikan kepada
tiga bahagian pecahan markah seperti berikut:
Bil
|
Perkara
|
Markah
|
1
|
Alunan Lagu
|
40
|
2
|
Kelancaran
|
30
|
3
|
Suara
|
30
|
Jumlah
|
100
|
2.2 Keputusan
hakim adalah MUKTAMAD.
Pertandingan Khat Jawi Bagi Pelajar-Pelajar Pendidikan
Khas
Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sarawak
1. Peraturan Khat Jawi
1.1 Syarat-syarat Peserta
1.1.1 Terbuka kepada semua pelajar lelaki dan
perempuan sekolah rendah dan menengah Bermasalah
Pendengaran dan Bermasalah
Pembelajaran.
1.1.2 Terbuka kepada semua pelajar bukan islam.
1.1.3 Peserta digalakkan menyertai satu acara
sahaja.
1.2 Masa Penulisan
1.2.1 Masa Penulisan Khat Jawi bagi semua peserta
selama 1 jam 30 minit.
1.3 Alat Tulis
1.3.1 Hanya pen
khat,pensil khat,marker khat dibenarkan.
1.4 Pakaian Peserta
1.4.1 Peserta lelaki dikehendaki memakai pakaian
kebangsaan yang lengkap (bersamping dan bersongkok)atau
pakaian yang bersesuaian.
2. Cara Penghakiman
2.1 Penghakiman Khat Jawi dibahagikan kepada tiga
bahagian dengan pecahan markah seperti berikut:
Bil
|
Perkara
|
Markah
|
1
|
Bentuk Tulisan
|
50
|
2
|
Teknik Tulisan
|
20
|
3
|
Kebersihan/Hiasan
|
30
|
Jumlah
|
100
|
2.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
FESTIVAL NASYID PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SARAWAK
1. Penyertaan
1.1 Penyertaan Kumpulan
1.1.1 Terbuka kepada 3 kategori iaitu:-
i. Bermasalah
Pembelajaran Rendah
ii. Bermasalah Pembelajaran Menengah
iii. Bermasalah Penglihatan Terbuka (Rendah
dan Menengah)
1.1.2 Satu kumpulan nasyid mengandungi tidak
kurang daripada 8 orang murid
dan tidak melebihi 12 orang murid termasuk pemain muzik.
1.1.3 Setiap satu
kumpulan boleh dianggotai oleh satu jantina atau
bercampur lelaki dan perempuan.
1.2 Penyertaan Ciptaan Lagu dan
Lirik Nasyid
1.2.1 Penyertaan ciptaan lagu dan lirik adalah
terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang
berkhidmat.
1.2.2 Lirik hendaklah dihantar bersama-sama borang
penyertaan kumpulan.
1.2.3 Kedua-dua buah lagu yang hendak
dipertandingkan mestilah dinyanyikan oleh kumpulan yang bertanding.
1.3 Tema
Kedua-dua
buah lagu hendaklah bertemakan Maal Hijrah tahun semasa yang mengandungi unsur:
1.3.1 Keimanan kepada Tuhan
1.3.2 Nilai-nilai murni
1.3.3 Kemasyarakatan
1.3.4 Kekeluargaan
1.4 Lagu
1.4.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan
dua buah lagu.
1.4.2 Lagu pertama hendaklah ciptaan baru. Ia hendaklah ciptaan asal, bebas daripada
saduran/ciplak/plagiat dan belum pernah dirakam/dicetak
atau disiarkan untuk sebarang siaran.
Manakala lagu kedua
adalah lagu pilihan.
1.4.3 Lagu pertama hendaklah berbentuk irama padang pasir berentak Masri. Ciri-ciri qasidah adalah digalakkan.
1.4.4 Lagu kedua pula hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari (Nasyid Moden).
1.4.5 Rentak berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan seumpamanya adalah dilarang sama
sekali.
1.4.6 Mana-mana pasukan yang melanggar
syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan
penyertaannya.
1.5 Lirik
1.5.1 Lirik lagu pertama hendaklah mengikut tema
dan asli.
1.5.2 Lirik lagu kedua adalah mengikut sukatan
pelajaran Pendidikan Islam.
1.5.3 Lirik lagu pertama wajib menggunakan Bahasa
Melayu sepenuhnya (kecuali
Qasidah menggunakan Bahasa Arab)
1.5.4 Lirik lagu kedua boleh menggunakan bahada
Melayu atau Bahasa Arab atau
Bahasa Inggeris atau gabungan dua atau tiga bahasa tersebut.
1.5.5 Lirik Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris
hendaklah disertakan terjemahannya secara bertulis.
1.5.6 Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh
isu-isu sensitif dan negatif.
1.5.7 Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.
1.5.8 Mana-mana pasukan yang melanggar
syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan
penyertaannya.
1.6 Persembahan
1.6.1 Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas
bermula daripada naik hinggalah
turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan.
1.6.2 Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian
dengan lagu yang disampaikan dan tidak keterlaluan
dibenarkan. Markah akan dipotong bagi pergerakan yang
keterlaluan.
1.6.3 Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional
nasyid seperti kompang, bongo, conga, darbuka, Turkish, tomolo, shaker, tamborine, djembe,
cabasa, gendang, maracas, rebana
dan chime sahaja, tidak termasuk alat yang bermelodi.
1.6.4 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan
secara langsung (live). Penggunaan minus one tidak dibenarkan.
1.6.5 Iringan muzik boleh mempengaruhi pemarkahan.
1.6.6 Setiap kumpulan dilarang sama sekali
memperkenalkan nama/identiti dalam
apa bentuk sekalipun.
1.6.7 Mana-mana pasukan yang melanggar
syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan
penyertaannya.
1.7 Masa
1.7.1 Setiap kumpulan diberi masa 12 minit untuk
mempersembahkan kedua- dua lagu.
1.7.2 Masa dikira bermula apabila peserta pertama
mula naik ke pentas dan berakhir
berdasarkan peserta terakhir turun pentas.
1.7.3 Markah akan dipotong jika persembahan kurang
dari 8 minit atau melebihi
masa 12 minit yang telah ditetapkan.
1.8 Pakaian Peserta
1.8.1 Peserta lelaki digalakkan memakai pakaian
Kebangsaan yang lengkap (bersamping dan bersongkok) atau
sebarang pakaian yang menutup aurat
yang bersesuaian dengan majlis. Sandal
atau selipar tidak dibenarkan
sama sekali.
1.8.2 Peserta perempuan dikehendaki berbaju kurung
dan bertudung yang sempurna
atau pakaian yang menutup aurat yang bersesuaian dengan majlis. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama
sekali. Hiasan dan solekan
hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.
Pakaian, hiasan dan
solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.
1.9 Pemarkahan
1.9.1 Penghakiman Nasyid
dibahagikan kepada empat bahagian dengan pecahan
markah seperti berikut :
Bil
|
Perkara
|
Markah
|
1.
|
Suara
|
40
|
2.
|
GayaPersembahan/
Penampilan
|
10
|
3.
|
Lirik
|
20
|
4.
|
Lagu
|
30
|
Jumlah
|
100
|
2. Penentuan Keputusan
2.1 Kumpulan Nasyid Terbaik
2.1.1 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan
diisytiharkan sebagai johan.
2.1.2 Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi
akan diisytiharkan sebagai
naib johan.
2.1.3 Sekiranya terdapat persamaan dari segi
markah,penilaian akan dirujuk kepada :
Pertama : Suara
Kedua : Lagu
Ketiga : Persembahan
2.1.4 Sekiranya masih sama,penilaian akan dirujuk
kepada elemen Keberkesanan Persembahan.
2.1.5 Sekiranya masih sama,Jemaah Hakim akan
bersidang dan membuat keputusan.
2.1.6 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
Subscribe to:
Posts (Atom)